Araz Success Nature Herbs Industry

ARAZ SUCCESS Nature Herb's Industry merupakan Syarikat Persendirian 100% Bumiputra (Sole Proprietor) yang terlibat secara langsung dalam memproses, membungkus dan mengedar produk-produk yang berasaskan akar-akar dan daun-daun kayu yang terdapat di hutan semenanjung Malaysia yang semua sedia maklum ia adalah khazanah perubatan bagi orang-orang dahulu dan ia hampir dilupakan setelah arus perubahan perubatan moden yang berkembang pesat di masa kini. Dengan berbekalkan pengetahuan selama 10 tahun mengkaji jenis dan khasiat akar-akar dan daun-daun kayu dan disokong pula oleh pembekal-pembekal dari serata semenanjung, pihak pengurusan syarikat telah memproses secara tradisional dan tanpa mencampurkan bahan pengawet serta pewarna tiruan untuk dijadikan produk-produk perubatan dan telah terbukti berkesan kepada pengamalnya dan banyak membantu menyelesaikan pelbagai penyakit dengan izin Allah Subahanna Wataallah, Araz Success Nature Herb Industry adalah sebuah syarikat yang diberi bimbingan penuh oleh FAMA di Pusat Persedian Produk Fama (PUSPRO).

Produk-produk syarikat juga dikaji dan dipantau oleh UNIPEQ (Jabatan di bawah U.K.M) untuk standard kualiti. Syarikat juga disokong dan dibantu oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( K.K.L.W ) sebagai Usahawan Bimbingan untuk mewakili Negara dalam program-program promosi.
Atas inisiatif inilah, pihak pengurusan syarikat mencari jalan untuk memasarkan produk-produk keluarannya secara terancang dan inovatif agar produk-produknya dapat menembusi pasaran Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Projek Inovatif Program Affiliate ini memastikan setiap perlaksanaan Projek akan terancang untuk memberikan pulangan yang optimum kepada syarikat dan RAKAN BIZ serta Kumpulan-Kumpulan Pengedar dan Ahli-Ahlinya. AFFILIATE PROGRAM ArazSuccess.Biz memberikan kaedah membekal/memasarkan PATI JUS AKAR KAYU dan Produk-Produk keluarannya yang terbukti berkesan & terlaris di pasaran secara berkumpulan menggunakan IT untuk berkongsi keuntungan, jimat masa, mudah dan kos promosi yang lebih efektif.
Beli Sekarang, anda secara Automatik mendapat laman web PROMOSI untuk anda promosikan kepada kawan-kawan. Anda mendapat komisyen bila kawan-kawan membeli melalui laman web anda. 
